Thursday, December 13, 2007

Body Shop-ping

Saya kurang paham kenapa nafsu shopping saya amat rakus skarang. Sudah berapa bulan duit sewa rumah hangus tergadai dilaburkan bagi memenuhi nafsu serakah saya yang satu ini. Tapi setiap kali bukak gobok, masih berdepan dengan masalah tak ada baju sesuai yang nak dipakai. Ke mana peginya duit gaji saya semua itu ye?

Ehem. Mungkin gambar ini boleh menyelesaikan misteri kita ini.


Yesssssss.. Saya memang gila shopping barang2 perapian diri ini. Saya dinobatkan dengan title 'Tokei Farmasi' oleh rumet saya (read: bukan farmasi obat, sila pikir Watson @ Guardian). Latest addiction ialah menghabiskan duit gaji saya di Body Shop. Sebelum ini saya hanya window shopping sajo di Body Shop, tak pernah tertarik pon untuk beli product mereka. Entah macam mana kena sampuk yang sampai boleh jadi gila sangat dengan Body Shop ini.

Saya merupakan seorang yang sangat gemar dengan bau2 manis, buah2 & comel. Dan bau tersebut mesti la kuat & tahan lama. Kunjungan setia ke Watson & Guardian setiap minggu buat saya sedar yang tak banyak produk2 yg mampu memuaskan taste bau saya ini, kecuali St. Ives Peach Splash Moisturizing Wash ini


yang mana sudah pupus di pasaran Malaysia agaknya. Susah benor nak jumpa menatang alah ni, agaknya kena tarik balik ke penjualannya kat Mesia ni? Ade unsur2 najis haram ke dalamnye? Mati la main pakai aje

Maka saya teruskan pencarian produk yang mampu ehem, merangsangkan deria bau saya ini. Sehingga la saya berjinak2 dengan produk Body Shop dan akhirnya jatuh cinta terus. Kenapa jatuh cinta? Sila rujuk gambar pertama.

Kebelakangan ini tangan saya terasa kasar semacam hari2 pikul batu tebang pokok lagaknya. Saya cuba St. Ives Whipped Silk Intense Body Moisturizer, tapi tak berapa berkesan. Memang kulit terasa licin, tapi belum cukup lembut.

Saya ingin mencuba Body Shop Body Butter setelah meneliti komen2 yg memberansangkan mengenai produk ini. Saya aim untuk purchase Fruity Body Butter, saya cukup suka dengan bau Strawberry, Mango & PassionFruit. Kebetulan pula sekarang ada promotion,

3 small tubes = harga 1 big tube + RM20

Itu untuk Body Shop Fruity Body Butter Delights Gift. Untuk Body Shop Festive & Fabulous Body Butter Delights Gift (sila rujuk gambar pertama), harganya lebih RM10 dari Fruity Delights Gift.

Sudah jelas yang mana lagi best kan, (read: yg mahal), maka saya pon membawa pulang ini.

Ahhh.. suke suke... mak suke


Saya memang jatuh hati betul2. Baunya manis sekali. Ada 3 different fragrances, Vanilla Spice, Cranberry & Rich Plum. Vanilla Spice baunya agak berempah semasa mula2 applied. Lama2 bau rempah tu ilang, meninggalkan bau vanilla yang comel. Kalau tak silap saya Vanilla Spice ini merupakan limited edition range. Cranberry & Rich Plum, memang saya jatuh hati dari saat kali pertama tiub nya dibuka.

Tekstur Body Butter ini memang rich & creamy. Tak terasa berminyak2 atau licin2 tak tentu pasal. Dan juga memang mudah meresap ke dalam kulit. Jadi saya amat cadangkan g serang Body Shop and grab this promotion while it lasts. Pada pendapat saya ini merupakan pembelian yang amat berbaloi sekali. Mari la kita sama2 menghabiskan duit gaji dan mewangikan dunia.

Ralat: Ketiga2nya adalah merupakan limited edition range. Sentapss!

Current Mood : amused

2 comments :

  1. mikaounik said...

    huuuuiiii..giler shopping erkkk..
    xper..xper..apa yg suka beli jerkk..yg penting pandai baget...

  2. bLuDaa said...

    haha..
    btol..
    ape yg suka kene beli,
    nnt xleh tido mlm..

    nway thanks ye dtg menjenguk!