Wednesday, December 12, 2007

Pembetulan Rambut

Selasa baru2 ini (read:smlm) satu Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Justeru itu, client site saye di PJ ini juga terkena tempias cuti ini.

Sudahnya, saya memanfaatkan cuti yang datang ini dengan pergi menzahirkan hajat yang sudah lama bersarang dalam hati ini iaitu mau trim rambut. Saya pujuk campur2 paksa rumet saya untuk menunjukkan mane saloon yang dia claim agak ok itu. Nasib la kan, sebut lagi depan aku, kan dah kena bawak aku.

Kami bersemangat sungguh pada hari itu, kol 10 dah klua dari umah. Rumet saya juga kagum dengan keikhlasan saya untuk bangun tido awal sebab semua org sudah sedia maklum pada hari cuti saya akan buka mata melihat dunia lambat sedikit dari orang2 lain dalam rumah kami.

Sukacuti ingin saya menekankan di sini bahawa saya boley bangun tido awal, tapi selalunya saya memilih untuk bangkit lewat memandangkan saya tiada plan khusus utk dikerjakan pada hari tersebut

Mati la ayat kaber

Sampai2 saja di lokasi, saloon tersebut masih rapat tertutup lagi. Tiada tanda2 wujudnya kehidupan di situ. Pelik juga kami, mungkin saloon ini mengisytiharkan mereka juga mau cuti pada hari tersebut walaupun sudah nyata terang2 saloon ko bertapak atas tanah KL kan.

Maka, kita mengikut resmi cik Puteri; " Kita enjoy dulu! "


Kami pergi breakfast di Alpha Angle dan sempat la saya rembat beli sepasang heels yang comel skali, ade fake snake skin lagi. Aiyooo.. saya memang la sangat kurang berkenan dengan animal printed products, tapi heels ini adalah satu exception: Dia sungguh comel sekali. Tak sampai hati untuk tidak bazirkan gaji saya untuknya. Apa salahnya, hidup hanya sekali. Hohohohoho...

Kemudian, kami singgah lagi ke saloon tersebut. Benarlah telahan rumet saya bahwa saloon ini dibuka hanya selepas jam 12. Selepas trim & cuci, saya agak berpuas hati dengan hasilnya. Saya suka kerana tukang trim rambut saya trim pakai gunting sajo. Xdenye nak pakai sikat rapat yg ade razor tu. Saya benci sikat itu sebab penah sekali ade amoi buat layer pakai sikat itu sajo, zrass zrass, siap. Memang menyenangkan keje ko tapi jawabnya rambut aku mcm shelaka la kan

Tukang trim rambut saya juga memaklumkan yang rambut saya ini kering. Dia mencadangkan untuk buat treatment di situ juga. Saya cakap tamau lagi, tak masuk plak bajet untuk treatment rambut ni. Nak kene susun bajet lain plak untuk ini.

All in all, saya agak berpuas hati dengan servis saloon ini. Cume saya kurang nak melayan kalo hairdressernya banyak cakap sangat. Kalo mereka bercakap bersyarah sorang2 tanpa memerlukan saya respon, then i'm ok with that. Gila kera sumbang kan.

0 comments :