Laptop, Kereta & Cancer
Dua tiga hari ini kemalasan amatla bermanjalarajalela. Buat kerja pun sangatla tidak ikhlas sekali. Supevisor tak pernah miss meluangkan masa untuk memberi peringatan manis. Manis sebab dia sangat baik, maka dia tak pandai nak marah. Itu pasal la saya naik kepala sangat, banyak meluncur (read:surfing) dari buat kerja.
Saya merasakan kedapatan sangat banyak perkara lagho yang perlu saya buat. Lagi banyak dari kerja kat opis itu yang merayu-rayu mintak disetelkan. Eheh. Rasanya tak cukup waktu kerja 8 jam sehari itu.
Entahla, misteri sungguh kenapa saya sangat malas sekarang ini.
Dua tiga hari ini juga saya banyak berfikir. Tiba-tiba datang idea macam nak cat tukar kaler laptop.
Boleh ke saya nak buat macam tu?
Laptop yang saya berjaya miliki selepas pujuk ayah saya dengan pelbagai janji manis, laptop yang dibeli sebelum mula bekerja, kononnya kerja saya bakal memerlukan pengunaan laptop yg kerap; walhal ada kawan sudah menasihatkan tak ada gunanya laptop itu nanti, kerja terhad di opis saja, yelah sudah terang-terang server tersergam indah kat sana kan.
Tapi lantakla, sekali saya nekad, saya sudah tak pedulik dunia tonggang tebalik tebelah lima sekalipun, janji hajat di hati ditunaikan. Sudahnya, pakai sbulan 2 saja, pastu dihantar balik ke kampung, dan bermula lah kehidupannya sebagai seorang laptop wakaf.
Agaknya dia sudah redha dengan status barunya itu, tambah pula saya macam malas nak ambil tau, tambah pula manusia-manusia di rumah saya memang menggunakannya dengan sesungguh hati; hasilnya sekarang laptop ini sangat beraaat, terima kasih kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu bittorrenting dan simpan segala bagai khazanah dalam tu. Balik Raya Haji baru-baru ini saya amat terkejut bila ternampak kesan karat mencabuli lobang-lobang speaker itu.
Ini tak boleh jadi, saya perlu berbuat sesuatu. Saya akan cat ia! Saya akan upgrade ram ape sgala bagai! Saya akan mula menggunakan pendekatan marah-marah mereka-mereka itu! Yana, kalo anda terbaca, sila sadap! Ya, saya tidak akan mensia-siakan lagi laptop saya ini. Saya akan masukkan projek cat laptop ini sebagai projek tahun 2008. Ahh, semangat sekali rasanya.
Mari kita beralih kepada topik lain.
Dua tiga hari ini juga, saya ade terfikir untuk membeli kereta. Selama ini tak pernah terlintas pun nak berkereta. Kerana memikirkan gaji yang segan-segan itu tambah pulak karier permanduan saya yang sungguh sucks sekali.
Masa untuk confession: Saya kurang berani untuk memandu.
Setiap tahun tak pernah miss renew lesen tapi tak pernah nak diaplikasikan. Ramai yang prihatin dengan karier pemanduan saya ini. Ramai yang suruh gantung bingkaikan lesen. Ramai yang encourage supaya beranikan diri untuk mencuba, biasakan diri, lama-lama nanti ok la.
Alasan saya cuma satu: Tak ada kereta kecil yang boleh saya gunakan untuk biasa-biasakan diri ini.
Selama ini saya ok dengan pendirian untuk tidak memiliki kereta dalam masa terdekat ini. Tapi dua tiga hari ini, rasa macam best jugak kalau ada kereta kecik, jalan-jalan pusing dunia.
Ohhhhhh tidakkkk sama sekali.
Saya rela naik lrt jalan kaki daripada tidak mampu untuk shopping ok. Maka, saya memang berkeras memilih untuk tidak berkereta. Nah, kan senang macam ni, tak perlu nak pening-pening pikir kena spend belanja untuk bayar kereta bulan-bulan, renew roadtax insurans seme bagai. Sebaliknya hanya perlu berhempas pulas pegi shopping sajo, senang hati saya.
Dua tiga hari ini juga kita sudah berada di penghujung 2007. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya sepanjang 2007. Sesetengah nya agak-agak major la jugak, agak memberi kesan kepada hidup saya.
Paling utama ialah ibu saya disahkan menghidap barah payudara. Ya, tak pernah termimpi terlintas sikit pon dalam batu jemala saya ini yang ibu saya akan mendapat sakit yang banyak menyerang wanita ini. Ini kerana memang tidak pernah wujud breast cancer history ini dalam family ibu saya.
Ibu saya perasan wujudnya ketulan di breast kirinya ini dalam awal tahun 2007. Tapi beliau tidak pasti kerana ketulan ini sikit pon tidak menyakitkan; maka ibu saya memilih untuk berdiam diri, tidak mahu merisaukan orang tersayang. Namun selepas itu beliau hanya memaklumkan kepada ayah saya, yang mana membawa kepada kunjungan kerap ke klinik pakar dalam pertengahan 2007.
Pada mulanya, doktor memaklumkan ketulan ini bukanlah kanser, tapi perlulah dibedah untuk dibuang. Ketika itu la baru ibu dan ayah saya decide untuk memaklumkan perkara ini kepada anak-anak, especially saya, yang diperlukan khidmat untuk menjaga ibu saya sepanjang di hospital.
Saya agak marah pada mulanya kerana tidak dimaklumkan awal-awal tapi saya terpujuk selepas memikirkan ibu dan ayah saya mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan perkara ini.
Maka dalam Julai 2007, ibu saya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut yang kemudiannya dihantar ke pathology untuk di uji samada ia kanser atau tidak. Doktor mengatakan kemungkinan 75% ketulan itu bukan kanser.
Pembedahan tersebut hanyala minor, walaupun saya menemankan ibu tapi beliau masih boleh menguruskan diri sendiri sepenuhnya. Keputusan akan diperolehi dalam sebulan kemudian. Melihatkan keadaan ibu dan peratusan ibu untuk mendapat kanser yang rendah, saya positif yang itu hanya la benign tumor, ibu tidak akan menghidap kanser. Ibu saya pulang ke rumah dan saya ke KL dan semua orang menjalani kehidupan seperti sedia kala.
3 minggu kemudian, doktor call dan mengaturkan perjumpaan dengan ibu saya. Ibu saya disahkan menghidap kanser. Ibu diberi pilihan untuk menjalani mastectomy atau hanya buang sel-sel kanser di sekitar kawasan ketul tersebut.
Kedua-dua pilihan ade pros and cons. Mastectomy menyebabkan ibu bakal kehilangan breast kirinya tetapi sekaligus mencegah kanser itu dari merebak kepada tisu-tisu lain. Pilihan kedua pula membolehkan ibu untuk mengekalkan breast tersebut tapi memerlukan ibu untuk menjalani berkali-kali sesi chemo dan radiation; ditambah dengan kemungkinan 50% untuk sel kanser kembali.
Ibu melakukan pengorbanan yang besar bagi seorang wanita, kehilangan separuh dari kewanitaan beliau. Kami amat berbangga dengan ibu di atas keberanian dan kecekalan beliau serta keupayaan ibu untuk melihat option ini sebagai yang terbaik buat beliau. Sesungguhnya ini lah option yang paling terbaik bagi penghidap kanser payudara.
Anda mungkin bakal kehilangan payudara anda,
tapi fikirkan lah apa yang bakal anda perolehi daripada
kehilangan ini:
kehidupan & peluang yang anda berikan kepada
mereka yang tersayang untuk terus menyayangi anda.
Pembedahan kali kedua ini merupakan pembedahan major dan ibu hanya mampu terlantar berehat di katil sahaja. Saya cuba untuk menjaga dan menguruskan ibu sebaik mungkin. Sesungguhnya ini adalah merupakan antara pengalaman yang berharga dalam hidup saya. Saya dapat meluangkan masa sebanyak mungkin dengan ibu; sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini.
Ibu merupakan seorang yang kuat dan tabah, tidak pernah sekalipun ibu menitiskan air mata walau setitik di depan saya. Sesuatu yang perlu saya pelajari dari ibu selain dari resepi-resepi masakan ibu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya tidak menetapkan sebarang azam untuk menempuh tahun baru, saya cuma meletakkan harapan. Sebab saya sedar saya ini agak hangat-hangat tahi ayam jugakla orangnya. Apa yang pasti, saya berharap tahun 2008 akan menjanjikan lebih peluang dan duit. Hehe.
Wabak malas menyerang lagi. Saya malas plak nak pikir harapan-harapan lain. Maka dengan ini, dengan lafaz Bismillah, saya menutup tirai tahun 2007 saya dan selamat datang 2008!


mood gatal nak sehati berdansa




