Cik Puan Fifie PiPotpot yang jelita itu telah mengetag saya dengan tag 8 Random Facts About Me atau nama manjanya 8 Fakta Rambang Mengenai Saya. Hari ini Kak Epah MC maka saya akan mengelolakan sesi menjawab tag kita ini. Cekitaut.
Fakta Rambang 1 : Intoleransi Sos Cili
Saya merupakan salah seorang penduduk dunia yang tidak makan sos cili. Sebaliknya, saya menggantikan sos cili dengan sos tomato. Semua benda saya cicah dengan sos tomato.
Saya tak suka rasa sos cili, pedas pelik rasanya. Tapi kalau tidak dapat dielakkan, saya telan saja dengan hati yang tidak ikhlas. Seboleh-bolehnya, selagi masih di dalam kawalan saya, saya akan memastikan tiada sos cili yang terlibat di dalam pembikinan makanan tersebut.
Fakta Rambang 2 : Suka Cuci Mata
Saya seorang yang amat senang menangis. Pantang perasaan saya diusik, dicuit, senang-senang saya boleh menangis. Drama queen betul kan. Tak kira lah, happy, sedih atau marah, bila-bila saja saya boleh menangis.
Boleh dikatakan setiap kali tengok movie di pawagam (*saya juga seorang movie freak*), saya akan keluar dengan mata sembab. Cerita sedih ke hantu ke perang ke katun ke, cerita yang tak best pun saya boleh menangis. Pernah juga menangis sampai teresak-esak macam mati laki. Susah nak kawal, semacam kilang air mata saya ini ada nyawa sendiri pula.
Fakta Rambang 3 : Intoleransi Cerita Hantu
Jangan mimpi mahu mengajak saya menonton horror movie. Saya sangat anti perkara-perkara kehantuan ini.
Jika ada iklan drama hantu di tv, saya akan menutup mata atau pandang ke arah lain.
Jika keadaan terlalu tidak terkawal, saya akan tekan butang mute di remote control.
Jika mahu bercerita hantu kepada saya, pastikan kita berada di tempat lapang luas ramai manusia ketika matahari menyinar terang.
Jangan bercerita semasa kita berhimpit-himpit berbaring menunggu masa untuk tidur. Sangat keji!
Tapi saya pernah melanggar taboo saya ini demi memujuk seorang teman. Sudahnya, sepanjang movie, bebola mata sakit dek kerana tekanan jari yang terlalu kuat ketika cubaan untuk menutup mata.
Fakta Rambang 4 : Intoleransi Separa Ikan (bleh gitu?)
Saya tidak begitu gemar makan ikan walaupun sebagai orang Terengganu ari-ari (*no pun intended*) mung makang ikang.
Tidak, Bukan saya tidak mengaku saya rakyat Terengganu.
Hakikatnya, hidung saya kurang berkenan dengan bau ikan, cepat sangat hidung ini dapat detect bau hanyir ikan. Bila terbau hanyir, saya terbayang-bayang orang itu tidak basuh ikan dengan sebersih-bersihnya, membuatkan tekak saya terasa kembang sajo.
Saya hanya makan ikan masakan ibu saya. Jika selain dari itu, di kedai-kedai contohnya, saya hanya akan makan ikan yang digoreng sajo, ikan yang digulai-gulai saya kena fikir 5-18 kali dulu.
Fakta Rambang 5 : Tahap Bermain Permainan Video Yang Cacat
Saya tidak berani bermain permainan video. Ini kerana saya sangat beremosi jika terlibat dengan permainan video.
Terlibat di sini merujuk kepada duduk di sebelah abang saya sambil bertempik penuh terkejutan. Saya boleh sakit jantung jika bermain permainan video. Saya tidak boleh bermain permainan yang mengejar melompat mengelak halangan, silap lompat silap elak jatuh lubang, lambat lari kena makan, disebabkan saya sangat takut kalau nanti-nanti terjatuh masuk lubang atau kena makan. Saya tidak mampu untuk handle kejutan seperti ini.
Saya suka permainan yang selamat seperti klik-klik batu batan sampai habis, sudoku, tembak-tembak guli same kaler.
Fakta Rambang 6 : Tahi Lalat Puaka
Saya mempunyai sebiji tahi lalat di dalam telinga kiri di mana apabila orang terpandangnya, orang itu akan tidak dapat menahan diri dari menanyakan saya soalan ini : "Lubang telinga ko ade 2 ke?"
Fakta Rambang 7 : Pencinta Alam Sekitar
Saya kurang mampu untuk tolerate dengan sejenis perangai sesetengah manusia yang suka membuang sampah merata-rata.
Saya bukanlah seorang yang pembersih tahap melampau, cuma saya tidak suka melihat orang sesuka hati membuang sampah di depan mata saya. Suka hati kau la nak beli kapal kontena buang minyak hitam tengah laut ke, asalkan jangan buang sampah depan saya.
Sebab kalau tak, siaplah orang tu, saya akan pastikan yang ..................... saya akan kutip sampah itu.
Fakta Rambang 8 : Favourite doodle
Jika sedang berfikir atau tiada kerja mahu dikerjakan, saya akan menulis A sampai Z banyak-banyak kali. Tidak tahu apa motif di sebalik perbuatan ini, tapi ia mampu memberikan ketenangan kepada saya. Saya paling suka menulisnya menggunakan pensil.
Akhirnya siap juga tag ini. Tapi ini macam 8 Perkara Jelik Mengenai Saya kan. Seperti biasa mari kita lihat siapa yang kena kali ini:
Farah
Muin
Nazla
Kak Jie
Kak Riani
Ingat ya, anda sangat comel jika berjaya menyiapkan tag ini.
Ala tomey tomey.