Friday, March 21, 2008

Si Cerek yang Kerek

Alkisah di tempat client di mana saya ditempatkan ini, terdapat lah seorang kakak yang agak kerek cerek jugak la. Mulutnya pun boleh tahan juga la ketakmakansamannya.


Pagi tadi, akak ini menanya saya,
"Orang Terengganu ni miskin-miskin tak?". WTF?!!
Saya pun menjawab sengih-sengih,
"Kalau yg miskin tu miskin la, yg lain mcm biasa je la".


Pastu dia tanya lagi,
"Keluarga awak mcm mana, kira senang ke miskin?".
Saya pun menjawab sengih-sengih,
"Biasa-biasa aja, takde la sampai miskin".


Pastu dia celah pulak,
"Cantik la baju awak ni, mak awak tukang jahit eh?". WTF??!!
Saya pun menjawab sengih-sengih,
"Tak la, baju ni saya tempah".


Pastu berbalik kepada pertanyaan org Terengganu ni miskin-miskin, dia tanya lagi,
"Akak nak carik maid la, awak ade tak sedara-sedara kawan-kawan yg miskin-miskin nak jadi maid?"
Saya pun menjawab sengih-sengih,
"Tak tau la akak, setau saya takde la pulak.".


Bodoh tak akak ni? Bodoh kan?
Ingat ko bajet kaya gila babas sampai boleh label org Terengganu ni miskin-miskin semua? Siap boleh tanya family aku tu miskin ke tak? Bukan lah nak kata aku ni kaya gile habi ke ape kan, tapi trase offended jugak la boleh aje dia gi tanye direct macam tuh.


Pastu kalau aku pakai baju cantik maknanya mak aku kena jadi tukang jahit la, gitu?


Bodohnya akak ni. Cuba akak banding skit baju saya dgn baju akak tu, baju sapa lagi lawa? Kalo saya miskin ada ke saya nak berlawa-lawa pakai baju lawa-lawa ni? Baju akak tu outdated tau, org tak pakai dah corak-corak mcm tuh. Orang Terenganu yg miskin tu pun buat kain buruk lap kaki aje tau kalau baju-baju macam akak ni.


Apa akak ni bawak Merc tayar nambelas ke yg blh suke-suke ati aje ckp org miskin-miskin ni? EEEEEeeee....Kete akak tu huduh yamat, berdebu, berkurap bau hancing kucing tau? Tuan tau berlawa berbedak berlipstik merah saga bagai, tapi masuk aje kete, Ya Tuhan, sedih saya nengok. Hazab la anak-anak akak nak kene naik kete tu tau, free-free aje dapat asma lelah semua.


Walau lazer macam mana pun mulut akak, saya rasa akak tak berhak nak cakap ini semua tau. Kalau nak cari maid, cakap aja la, ada kenal tak sapa-sapa yang boleh jadi maid? Tak perlu la tanya orang dalam negeri tu miskin ke tak, siap abis berjangkit sampai family suku sakat kawan-kawan aku miskin jugak ke tak. Kalau dah sebut maid, orang paham reti-reti sindri la kan nak carik dari kalangan orang yang macam mana kan.


Haduiii akak ni, buat saya hangin aje pagi-pagi. Tapi saya mmg jenis bersabar, malas nak melayan, orang Terengganu ni kan jenis bersopan-santun walaupun MISKIN katanya kan.


Thursday, March 06, 2008

Cik Usu Yang Jahat

Saya rasa kurang sihat.


Awal minggu ini saya terpaksa membuat kunjungan sosial ke Klinik Pergigian Bangsar, terima kasih kepada sakit gigi yang terpaksa ditahan sepanjang weekend. Katanya doktor, Cik Usu baru nak tumbuh dengan secara malu-malu tapi mahu. Pandai la ko punya malu kan, dia punya sakit, hazabnya Tuhan je tahu. Doktor prescribe ubat kaler-kaler dan menjemput saya datang semula pada minggu hadapan untuk memecat Cik Usu.


Tapi sekarang sakitnya sudah berkurang dan tiba-tiba rasa sayang pula nak memecat Cik Usu. Namun saya tahu, sampai masanya nanti Cik Usu akan bangkit semula dari tidurnya dan akan kembali membuat jahat dan terus berjuang memporakperandakan hidup saya.


Ahh.. Saya benci takut bila memikirkan sakitnya cabut gigi.


Hari ini datang pula simptom-simptom seperti mahu demam. Aiyoooo.. bertimpa-timpa pula datang penyakit, bermakna 2 sakit untuk 1 MC? Tiba-tiba terasa diri macam on-sale pula. Dua item untuk satu harga. Hmphh! Saya patut bernilai lebih tinggi dari itu!



Semalam saya diserang sakit juga sebenarnya. Sakit hati. Sakit hati sebab orang-orang berkempen malam-malam. Berlawan berucap pula tu, 2 parti 1 tempat. Tak cukup dengan itu, ada pasukan mat rempit khas pula. Pasukan ini akan memulas-mulas minyak (betul ke?) sepulas-pulasannya, sebagai salah satu cara untuk melaungkan sorakan agaknya. Oleh sebab ada 2 parti, maka pasukan mat rempit khas (saya boleh agak dari parti mana) ini memulas-mulas minyak sepulas-pulasannya, juga sebagai salah satu cara untuk memberikan gangguan kepada parti satu lagi.


Haduii.. Bodoh piang betul la! Tak boleh ke berkempen secara aman? Paling tidak pun tanpa penglibatan pasukan mat rempit khas itu? Geramnya, ikutkan hati mau aja saya ludah dari tingkat 6 tu. Tui tui tuiii.. Biar ko menyesal tanak naik moto sampai bebile dah.


Esok saya sudah mahu balik Kemaman. Yey!
Esok juga saya mahu jumpa pacar.*olredi? Yey!


Lusa nanti hari penting. Kepada semua Selamat Mengundi ya? Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Sebelum ngundi, jangan lupa baca niat:


" Sahaja aku ikut BARISAN utk undi PAS demi KEADILAN Malaysia supaya rakyat BEBAS & dpt menikmati mknan yg seDAP ".




Sunday, February 24, 2008

Saya Sayang Awak Banyak Ni

Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Nak menyelit update blog pun amat ssusssaahhh sekali. Alahai, kepala saya sudah tingketingketong disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan saya untuk menghadap pc secara esktrem. Jus-jus mata saya ini sudah kering rasanya disebabkan pendedahan kepada skrin hitam dan deretan tulisan kecit-kecit yang berkaler hijau macam ATM itu.




Saya mendapat award lagi, daripada Cik Farah, seorang blogger yang lawa comel putih seleput yang disukai ramai. Terima kasih ye Cik Farah di atas award yang sangat comel-comelo ini. I Like! And aleebiu too.


Seperti biasa, saya akan pakukan gantung award ini kat dinding reban ayam pelangi saya ini. Dan kali ini, disebabkan saya berada di dalam mood spread-the-love-tiada-lagi-mood-layan-Kak-Melah, maka saya ingin menganugerahkan award ini kepada blogger-blogger :




Kepada G13 yang saya sayang sangat-sangat. Amboi, baca blog aku lepas tu sebijik-sebijik korang buat quote ye :

Measa
Ija
Niera
Mast
Noora
Neeza
Kek Na
Raggae
Zalley
Mass
Mo Ai
Anny



Dan juga kepada sesiapa sahaja yang sudi menjenguk reban ayam pelangi saya ini. I Luv U All.. Mmmmmuaaaah Shciuuuuuuppp...

Wednesday, February 13, 2008

8 Fakta Rambang Mengenai Saya

Cik Puan Fifie PiPotpot yang jelita itu telah mengetag saya dengan tag 8 Random Facts About Me atau nama manjanya 8 Fakta Rambang Mengenai Saya. Hari ini Kak Epah MC maka saya akan mengelolakan sesi menjawab tag kita ini. Cekitaut.


Fakta Rambang 1 : Intoleransi Sos Cili
Saya merupakan salah seorang penduduk dunia yang tidak makan sos cili. Sebaliknya, saya menggantikan sos cili dengan sos tomato. Semua benda saya cicah dengan sos tomato.

Saya tak suka rasa sos cili, pedas pelik rasanya. Tapi kalau tidak dapat dielakkan, saya telan saja dengan hati yang tidak ikhlas. Seboleh-bolehnya, selagi masih di dalam kawalan saya, saya akan memastikan tiada sos cili yang terlibat di dalam pembikinan makanan tersebut.


Fakta Rambang 2 : Suka Cuci Mata
Saya seorang yang amat senang menangis. Pantang perasaan saya diusik, dicuit, senang-senang saya boleh menangis. Drama queen betul kan. Tak kira lah, happy, sedih atau marah, bila-bila saja saya boleh menangis.

Boleh dikatakan setiap kali tengok movie di pawagam (*saya juga seorang movie freak*), saya akan keluar dengan mata sembab. Cerita sedih ke hantu ke perang ke katun ke, cerita yang tak best pun saya boleh menangis. Pernah juga menangis sampai teresak-esak macam mati laki. Susah nak kawal, semacam kilang air mata saya ini ada nyawa sendiri pula.


Fakta Rambang 3 : Intoleransi Cerita Hantu
Jangan mimpi mahu mengajak saya menonton horror movie. Saya sangat anti perkara-perkara kehantuan ini.

Jika ada iklan drama hantu di tv, saya akan menutup mata atau pandang ke arah lain.
Jika keadaan terlalu tidak terkawal, saya akan tekan butang mute di remote control.
Jika mahu bercerita hantu kepada saya, pastikan kita berada di tempat lapang luas ramai manusia ketika matahari menyinar terang.
Jangan bercerita semasa kita berhimpit-himpit berbaring menunggu masa untuk tidur. Sangat keji!

Tapi saya pernah melanggar taboo saya ini demi memujuk seorang teman. Sudahnya, sepanjang movie, bebola mata sakit dek kerana tekanan jari yang terlalu kuat ketika cubaan untuk menutup mata.


Fakta Rambang 4 : Intoleransi Separa Ikan (bleh gitu?)
Saya tidak begitu gemar makan ikan walaupun sebagai orang Terengganu ari-ari (*no pun intended*) mung makang ikang.

Tidak, Bukan saya tidak mengaku saya rakyat Terengganu.
Hakikatnya, hidung saya kurang berkenan dengan bau ikan, cepat sangat hidung ini dapat detect bau hanyir ikan. Bila terbau hanyir, saya terbayang-bayang orang itu tidak basuh ikan dengan sebersih-bersihnya, membuatkan tekak saya terasa kembang sajo.

Saya hanya makan ikan masakan ibu saya. Jika selain dari itu, di kedai-kedai contohnya, saya hanya akan makan ikan yang digoreng sajo, ikan yang digulai-gulai saya kena fikir 5-18 kali dulu.


Fakta Rambang 5 : Tahap Bermain Permainan Video Yang Cacat
Saya tidak berani bermain permainan video. Ini kerana saya sangat beremosi jika terlibat dengan permainan video.

Terlibat di sini merujuk kepada duduk di sebelah abang saya sambil bertempik penuh terkejutan. Saya boleh sakit jantung jika bermain permainan video. Saya tidak boleh bermain permainan yang mengejar melompat mengelak halangan, silap lompat silap elak jatuh lubang, lambat lari kena makan, disebabkan saya sangat takut kalau nanti-nanti terjatuh masuk lubang atau kena makan. Saya tidak mampu untuk handle kejutan seperti ini.

Saya suka permainan yang selamat seperti klik-klik batu batan sampai habis, sudoku, tembak-tembak guli same kaler.


Fakta Rambang 6 : Tahi Lalat Puaka
Saya mempunyai sebiji tahi lalat di dalam telinga kiri di mana apabila orang terpandangnya, orang itu akan tidak dapat menahan diri dari menanyakan saya soalan ini : "Lubang telinga ko ade 2 ke?"


Fakta Rambang 7 : Pencinta Alam Sekitar
Saya kurang mampu untuk tolerate dengan sejenis perangai sesetengah manusia yang suka membuang sampah merata-rata.

Saya bukanlah seorang yang pembersih tahap melampau, cuma saya tidak suka melihat orang sesuka hati membuang sampah di depan mata saya. Suka hati kau la nak beli kapal kontena buang minyak hitam tengah laut ke, asalkan jangan buang sampah depan saya.

Sebab kalau tak, siaplah orang tu, saya akan pastikan yang ..................... saya akan kutip sampah itu.


Fakta Rambang 8 : Favourite doodle
Jika sedang berfikir atau tiada kerja mahu dikerjakan, saya akan menulis A sampai Z banyak-banyak kali. Tidak tahu apa motif di sebalik perbuatan ini, tapi ia mampu memberikan ketenangan kepada saya. Saya paling suka menulisnya menggunakan pensil.


Akhirnya siap juga tag ini. Tapi ini macam 8 Perkara Jelik Mengenai Saya kan. Seperti biasa mari kita lihat siapa yang kena kali ini:

Farah
Muin
Nazla
Kak Jie
Kak Riani


Ingat ya, anda sangat comel jika berjaya menyiapkan tag ini.
Ala tomey tomey.

Tuesday, February 12, 2008

Ketentuan Kak Melah



Tak pernah hayat layan Kak Melah.
Tapi tersirap darah bila terdengar lagu beliau yang satu ini.
Cukup untuk menggambarkan apa yang saya lalui sekarang.

Benar kata orang,
Bila jadi macam ini, semua lagu di radio tiba-tiba kena-mengena dengan kita.
Bila jadi macam ini, semua drama di tv tiba-tiba kena-mengena dengan kita.
Bila jadi macam ini, nak kena edit balik entri lepas-lepas.
Ini yang saya malas.

I need a break.


Current Mood : Sore

Tuesday, February 05, 2008

Award dan Limau

Minggu ini saya telah dianugerahkan dengan 2 kuntum award. Saya tidak bersedia untuk kemenangan bertubi-tubi seperti ini.


Saya saja-saja lalu aja ke majlis award tersebut ketika dalam perjalanan ke kedai sayur, tidak bercadang pun untuk bertanding masuk pencalonan skali *sambil mengipas-libas dress ikan duyung kaler emas mengerlip penuh labuci berlian bagai*


Apa-apa pun, terima kasih sekarung guni diucapkan kepada akak-akak cun yang dengan berbesar hatinya mencemar duli menghadiahi saya award-award ini.


Award pertama datangnya dari Kak Jie Mama Rock. Tak sesia saya selalu refresh blog Kak Jie hari-hari kan. Hehe. Terima kasih Kak Jie di atas penghargaan ini, Kak Jie merupakan antara blogger terawal yang sudi datang menjenguk reban kambing pelangi saya ini. Muahsss skit untuk Kak Jie.




Award kedua pula datang dari Kak Riani yang juga Mama Rock. Terima kasih juga diucapkan kepada Kak Riani kerana sebenarnya Kak Riani la yang friendly, sepatutnya saya kena kasik award ini kepada akak. Terbalik pulak kan. Semoga selepas-selepas ini akan bertambah kefriendlian kita ini. Muahsss skit untuk Kak Riani.




Nanti saya nak letak paku gantung award kat dinding reban kambing pelangi saya ini. Saya harap lepas ini Kak Jie & Kak Riani tidak serik-serik untuk kasik award kat saya lagi ye. Hehe.


Ini adalah merupakan entri terakhir sebelum Chinese New Year. Over kan beriya pulak sambut CNY. Hehe. Saya akan pulang ke Kemaman pada pagi esok. Yeahuuuu. Doakan saya selamat pergi dan balik ye.


Kepada semua, Happy Chinese New Year & Selamat Bercuti. Makan limau tu beringat-ingat la sikit agar tidak menyesal di kemudian hari. Hari ini saya datang mood gatal untuk mencium maka terima la muahhhhhssss untuk semua.

Monday, February 04, 2008

Encik Tag Datang Lagi

Hi adik-adik! Kembali kita bersama Kak Epah di dalam Sesi Menjawab Tag. Tag kita kali ini datangnya daripada seorang kakak yang cantik bersama seorang anak yang comel dan suami yang hensem. Saya promote akak ni. Tagnya berbunyi begini:


Anda dikehendaki menepek nampal link kepada site-site favourite anda dengan syarat perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan ini:


1. MUST be clean. No X-rated sites.
2. Only FIVE links.
3. MUST tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you ;)
5. An active link plz.


Hohoho.. Maafkan Kak Epah ya sebab terlalu malas nak translate maka Kak Epah kopipes sajo rulesnya itu. Seterusnya, mari la kita kongsi bersama antara site-site favourite Kak Epah iteww.


Favourite site nomor 1: The Colour Purple
Kak Epah memang suke sangat membuang masa-masa yang ada di dunia ini dengan berkampung di site ini. Suke sangat dengan penulisan tuan empunya blog yang tak pernah gagal mengeletek hati Kak Epah. Walaupun sangat kelakar tapi entri-entri beliau tetap berisi kerana beliau tahu dan arif dengan apa yang beliau tulis. Tapi agak sayang juga la sebab beliau cuma update sekali dua aja seminggu, maka jadinya tak dapatla Kak Epah mau melepak hari-hari di situ.


Favourite site nomor 2: Lily Haslina Nasir
Kak Epah juga gemarkan penulisan Kak Lily ini. Penulisan Kak Lily sangat santai tidak berbunga-bunga mega Kak Epah lembab sikit kalau nak baca bunga-bunga ini tapi tetap mempunyai isi-isi serta kisah-kisah yang berguna serta menarik untuk dibuat renungan bersama. Kak Lily juga ada menghasilkan beberapa buah novel di bawah terbitan Alaf 21, jadi Kak Epah rasa agak ramai juga la yang mengenali Kak Lily kita ini.


Favourite site nomor 3: The Superficial - Because You're Ugly
Ini adalah merupakan sebuah site yang sentiasa uptodate mengenai celebriti-celebriti Hollywood. Jadi hari-hari Kak Epah singgah sini untuk mendapatkan update-update yang perlu. Maka tak perlu lah Kak Epah beli Astro untuk menonton channel E!. Dengan update-update yang ada ini maka boleh la akak gunakan untuk berlagak atau digunakan sebagai persiapan untuk berperang kalau-kalau bertembung dengan manusia-manusia yang suka berlagak konon macam dia la paling uptodate pasal mende-mende alah ni semua. Tapi kadang-kadang macam Kak Epah sindri yang jadik macam manusia-manusia kejis itu, camne tu? Oh yep, site ini tidaklah clean sepenuhnya. (Refer syarat 1). Kadang-kadang mempunyai grafik-grafik yang Not Suitable For Work, tapi semuanya diletakkan after jump, so semuanya terpulang kepada anda, to jump or not to jump? Hehe


Favourite site nomor 4: Mental Poo
Site ini juga kurang bersih ya adik-adik. Tapi gasak la, Kak Epah nak juga letak site ni. Penulisnya agak sarcastic dan insensitive orangnya. I Like! Entri-entrinya tidak dijamin kebersihannya, tapi Kak Epah enjoy dengan penulisan beliau, sebab beliau sentiasa menyertakan sekali grafik-grafik yang mengambarkan cerita beliau. Yang menariknya, beliau pandai memilih grafik-grafik yang tidak kena mengena langsung dengan topik tapi bila diletak macam itu, lawak sekali jadinya. Faham tak? Kalau tak paham, sudah, pegi tengok sindri.


Favourite site nomor 5: Fun Websites at the Webrunner
Website ini menampilkan website-website yang menarik untuk dilawati. Jadinya kalau bosan-bosan atau mahu mengular, boleh la berkunjung ke sini. Kak Epah pun tak abis lagi khatam website ni sebab baru jalan-jalan sikit aja, Kak Epah sudah terjumpa site no 4 yang jugak listed di situ. Maka Kak Epah mau khatam site no 4 dulu kemudian nanti baru sambung dengan site no 5 ini. Cuba la melawat ye.


Akhirnya, berjaya juga Kak Epah habiskan tag kali ini. Maka Kak Epah mahu mencari mangsa-mangsa seterusnya untuk menjawab tag ini. Mereka-mereka yang bertuah itu ialah:

Farah
Muin
Measa

Kak Epah tag tiga orang sajo kali ni, buleh tak? Saja mau rebel tanak ikut rules. Hoho.. Ingat ya, anda sangat la comel kalau berjaya menghabiskan tag ini ya?